MUBARAK Melaka
Sunday, January 23, 2011
Rakyat yakin dengan calon BN
Mubarak Negeri Melaka yakin, rakyat di dalam Dewan Undangan Negeri Kawasan Merlimau akan terus memberikan sokongan kepada calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil yang akan diadakan tidak lama lagi.
Saya, Datuk Jaafar Lajis, selaku Presiden Mubarak Negeri Melaka juga yakin, sokongan yang lebih mampu diperoleh melalui mereka yang sebelum ini tidak memihak kepada Kerajaan Barisan Nasional, memandangkan kejayaan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yang telah berjaya membawa banyak kejayaan untuk negeri Melaka.
Rakyat mampu menilai kejayaan yang telah dilakukan oleh Kerajaan Barisan Nasional, selain membawa pemodenan dan kejayaan, Kerajaan Barisan Nasional tidak pernah lalai terhadap tanggungjawab membela rakyat.
Sesuai dengan mottonya, Dulu, Kini dan Selamanya, rakyat terus mendapat pembelaan. Sekiranya ada rakyat yang menghadapi masalah, jentera Barisan Nasional dan UMNO adalah orang yang mula menghulurkan bantuan.
Mubarak Negeri Melaka yakin, rakyat akan terus menyokong calon Barisan Nasional pada pilihan raya yang akan datang di DUN Merlimau.
Mubarak Melaka juga akan turut memberikan bantuan sepanjang kempen pilihan raya nanti selaras dengan motto Mubarak Negeri Melaka iaitu Terus Berkhidmat.
Kenyataan Gambar :
Jaafar (baju merah) bersama Mohd. Ali dan Setiausaha Kerja Mubarak Melaka, Datuk Nazari Adzim semasa program ziarah yang diadakan oleh Mubarak Negeri Melaka, tidak lama dahulu.
Friday, January 21, 2011
Allahyarham Mohamad Hidhir selamat dikembumi
MERLIMAU 21 Jan. - Jenazah Allahyarham Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Chinchin Tengah, Jasin kira-kira pukul 2.30 petang tadi.
Turut hadir bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi; Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob; Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan kira kira 1,000 penduduk termasuk pemimpin-pemimpin masyarakat di negeri ini.
Thursday, January 20, 2011
Al-FATIHAH
Al-Fatihah,
Kami warga Mubarak Melaka dengan rasa sedih dan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan yang kembali ke rahmatullah semalam (20 Januari 2010, jam 8.10 malam).
Sama-samalah kita mendoakan semoga rohnya dicucuhi rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang beriman. AL-FITIHAH.

Monday, June 21, 2010
Bersatu Teguh Bercerai Roboh - Sokong Tun M
Mubarak Melaka menyokong kenyataan yang dibuat oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai kaum Melayu yang semakin berpecah belah akibat fahaman politik. Apa yang diperkatakan itu, bangsa Melayu memang masih majoriti di negara ini tetapi bukan majoriti dalam sokongan politik. Ringkasnya tidak semua orang Melayu menyokong UMNO dan Barisan Nasional. Undi orang Melayu telah berpecah kepada tiga bahagian dan inilah yang membimbangkan.
Apa yang berlaku telah berlaku dan apa yang buruk dijangka berlaku harus dielakkan daripada berlaku. Oleh itu, Mubarak Melaka mahukan orang Melayu MEMBUKA MATA kerana sengketa yang berlaku dalam bangsa Melayu akhirnya akan merugikan orang Melayu sendiri. Janganlah SUDAH TERANTUK BARU TENGADAH. Memetik lirik lagi Warisan, ...akibat sengketa sesama kita bumi dipijak milik orang...
Mubarak Melaka berharap, pandangan Tun Dr Mahathir itu harus direnung kerana beliau adalah tokoh yang terbilang dan telah merentasi beberapa zaman dan kita yang baru setahun jagung harus menerima pandangan mereka yang terdahulu daripada kita dan apa yang penting adalah demi menjaga kekukuhan orang Melayu agar terus bertapak dan menjadi tuan di bumi sendiri.

Thursday, June 17, 2010
Tuesday, June 15, 2010
Utama dan mertabatkan Bahasa Melayu
MUBARAK Melaka berpendapat penggunaan dan pembelajaran bahasa di negara ini tidak harus dipertikaikan lagi kerana ia sudah jelas daripada Laporan Razak, Penyata Rahman hingga ke dasar pelajaran kebangsaan. Sekiranya semua pihak patuh dan akur dengan keputusan yang telah ditetapkan oleh kerajaan, perkara atau isu bahasa tidak timbul.
Semua rakyat dan semua pihak sudah jelas dengan Perlembagaan Negara mengenai fasal 152, mengapa ia harus dipertikaikan.
Setelah lebih 50 tahun semua rakyat di negara ini boleh menerima bahasa Melayu malah pelajaran bahasa Jawi pada suatu ketika dahulu disertakan sekali di dalam buku Bahasa Melayu, ia tidak menimbulkan masalah tetapi mengapa sekarang ia dipertikaikan.
Cuba kita renung semula formula yang telah berjaya dilaksanakan sebelum ini iaitu bahasa Melayu sebagai bahasa teras diikuti dengan bahasa Inggeris. Bagaimanapun kini dengan semangau 1Malaysia, bahasa Mandarin dan bahasa Tamil perlu juga difahami oleh rakyat Malaysia sebagai memudahkan komunikasi antara rakyat.

Wednesday, May 19, 2010
Tindakan Sime Darby betul: PM
NAJIB mengumumkan prestasi KDNK bagi suku pertama 2010 di Putrajaya, semalam. Hadir sama Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
PUTRAJAYA: Langkah Sime Darby Berhad (Sime Darby) mengarahkan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCE), Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid, mengambil cuti adalah selaras dengan prinsip urus tadbir yang baik, kata Datuk Seri Najib Razak.
Perdana Menteri berkata, pada prinsipnya, semua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bertanggungjawab terhadap prestasi syarikat masing-masing.
“Saya tidak boleh sangat komen, cuma boleh komen pada prinsipnya. Kita sudah menggariskan prinsip urus niaga yang baik, peranan lembaga pengarah dan pengurusan amat jelas.
“Apa juga tindakan oleh Sime Darby mencerminkan bahawa mereka perlu membuat keputusan yang tegas, tepat serta telus,” katanya kepada pemberita pada sidang media mengumumkan prestasi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi suku pertama 2010 di sini, semalam.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan tidak berhasrat menutup kerugian atau kelemahan kerana ia bertentangan prinsip urus niaga yang baik.
Perdana Menteri diminta mengulas langkah Sime Darby yang mengarahkan Ahmad Zubir bercuti berikutan syarikat perladangan itu rugi kira-kira RM1.63 bilion.
Laporan semalam menyebut konglomerat itu mengambil tindakan yang belum pernah dilakukan sebelum ini dengan membuat perubahan pengurusan, termasuk mengarahkan Ahmad Zubir bercuti sebelum kontraknya tamat pada 26 November depan.
Datuk Azhar Abdul Hamid, yang kini memegang jawatan Naib Presiden Eksekutif (Perladangan) dilantik memangku GCE.
Oleh Johari Ibrahim
2010/05/14
Keratan Akhbar dari Arkib Berita Harian

Subscribe to:
Posts (Atom)