Selamat Datang ke Laman Blog MUBARAK Negeri Melaka

Wednesday, May 19, 2010

Tindakan Sime Darby betul: PM

NAJIB mengumumkan   prestasi  KDNK bagi suku pertama 2010 di Putrajaya, semalam. Hadir sama Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
NAJIB mengumumkan prestasi KDNK bagi suku pertama 2010 di Putrajaya, semalam. Hadir sama Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
Arahan Ahmad Zubir cuti isu rugi RM1.63 bilion selaras urus tadbir baik

PUTRAJAYA: Langkah Sime Darby Berhad (Sime Darby) mengarahkan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCE), Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid, mengambil cuti adalah selaras dengan prinsip urus tadbir yang baik, kata Datuk Seri Najib Razak.
Perdana Menteri berkata, pada prinsipnya, semua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bertanggungjawab terhadap prestasi syarikat masing-masing.

“Saya tidak boleh sangat komen, cuma boleh komen pada prinsipnya. Kita sudah menggariskan prinsip urus niaga yang baik, peranan lembaga pengarah dan pengurusan amat jelas.

“Apa juga tindakan oleh Sime Darby mencerminkan bahawa mereka perlu membuat keputusan yang tegas, tepat serta telus,” katanya kepada pemberita pada sidang media mengumumkan prestasi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi suku pertama 2010 di sini, semalam.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan tidak berhasrat menutup kerugian atau kelemahan kerana ia bertentangan prinsip urus niaga yang baik.

Perdana Menteri diminta mengulas langkah Sime Darby yang mengarahkan Ahmad Zubir bercuti berikutan syarikat perladangan itu rugi kira-kira RM1.63 bilion.
Laporan semalam menyebut konglomerat itu mengambil tindakan yang belum pernah dilakukan sebelum ini dengan membuat perubahan pengurusan, termasuk mengarahkan Ahmad Zubir bercuti sebelum kontraknya tamat pada 26 November depan.

Datuk Azhar Abdul Hamid, yang kini memegang jawatan Naib Presiden Eksekutif (Perladangan) dilantik memangku GCE.

Oleh Johari Ibrahim
2010/05/14

Keratan Akhbar dari Arkib Berita Harian