Selamat Datang ke Laman Blog MUBARAK Negeri Melaka

Monday, June 21, 2010

Bersatu Teguh Bercerai Roboh - Sokong Tun M

Mubarak Melaka menyokong kenyataan yang dibuat oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai kaum Melayu yang semakin berpecah belah akibat fahaman politik. Apa yang diperkatakan itu, bangsa Melayu memang masih majoriti di negara ini tetapi bukan majoriti dalam sokongan politik. Ringkasnya tidak semua orang Melayu menyokong UMNO dan Barisan Nasional. Undi orang Melayu telah berpecah kepada tiga bahagian dan inilah yang membimbangkan.
Apa yang berlaku telah berlaku dan apa yang buruk dijangka berlaku harus dielakkan daripada berlaku. Oleh itu, Mubarak Melaka mahukan orang Melayu MEMBUKA MATA kerana sengketa yang berlaku dalam bangsa Melayu akhirnya akan merugikan orang Melayu sendiri. Janganlah SUDAH TERANTUK BARU TENGADAH. Memetik lirik lagi Warisan, ...akibat sengketa sesama kita bumi dipijak milik orang...
Mubarak Melaka berharap, pandangan Tun Dr Mahathir itu harus direnung kerana beliau adalah tokoh yang terbilang dan telah merentasi beberapa zaman dan kita yang baru setahun jagung harus menerima pandangan mereka yang terdahulu daripada kita dan apa yang penting adalah demi menjaga kekukuhan orang Melayu agar terus bertapak dan menjadi tuan di bumi sendiri.

Tuesday, June 15, 2010

Utama dan mertabatkan Bahasa Melayu

MUBARAK Melaka berpendapat penggunaan dan pembelajaran bahasa di negara ini tidak harus dipertikaikan lagi kerana ia sudah jelas daripada Laporan Razak, Penyata Rahman hingga ke dasar pelajaran kebangsaan. Sekiranya semua pihak patuh dan akur dengan keputusan yang telah ditetapkan oleh kerajaan, perkara atau isu bahasa tidak timbul.
Semua rakyat dan semua pihak sudah jelas dengan Perlembagaan Negara mengenai fasal 152, mengapa ia harus dipertikaikan.
Setelah lebih 50 tahun semua rakyat di negara ini boleh menerima bahasa Melayu malah pelajaran bahasa Jawi pada suatu ketika dahulu disertakan sekali di dalam buku Bahasa Melayu, ia tidak menimbulkan masalah tetapi mengapa sekarang ia dipertikaikan.
Cuba kita renung semula formula yang telah berjaya dilaksanakan sebelum ini iaitu bahasa Melayu sebagai bahasa teras diikuti dengan bahasa Inggeris. Bagaimanapun kini dengan semangau 1Malaysia, bahasa Mandarin dan bahasa Tamil perlu juga difahami oleh rakyat Malaysia sebagai memudahkan komunikasi antara rakyat.